Followers

Tuesday, 18 June 2013

Biskut Dahlia



Assalammualaikum....

Dah nak raya ker niiiiii...??? Ramadhan pon belum tiba lagiiii..... Haishhh....makan biskut nostalgia ni, tak perlu la nak tunggu hari raya kan.... bila-bila ada kelapangan dan nak merasa biskut ni, terus jer mengadun. Lagipun buat kuih ni tak ler susah sangat. Bahan nyer mudahh...dah sedia ada didapur kecik molek ni haaa... apalagii...projek ngan anak dara ler petang semalam...Harini......da licin.... 
Ala-ala nak praktiskan tangan ni nak buat kukis raya nanti. Biskut ni juga antara peberet anak-anak mimie dan setiap tahun mesti ade biskut dahlia zaman berzaman ni.....cuma ditengah-tengah biskut ni selalu letak hirisan cherry kali ni mimie tukarkan pada chocolate chips. Bebudak ni tidak pula menggemari cherri tapi kalau chocolate chips ni habis sekali ngapp ajerrr....hihiih


BISKUT DAHLIA
Sumber : Mat Gebu

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*

100 g tepung jagung*

160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - mimie tukar pd chocolate chips

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


Monday, 17 June 2013

APPLE PIE



Assalammualaikum....

Hmmmm...serang ni cuaca dah tak menentu. Setelah seminggu dibumi Cheras ni tak dilimpahi hujan timbul pula keadaan yang agak berjerebu. Mendung yang tak beerti nak hujan. Amatlah tidak sesuai untuk membuat aktiviti bersama keluarga diluar. Jalan yang terbaik adalah berkumpul bersama keluarga dirumah saje lah kan....

Bercerita mengenai Pie Apple ni, memang dah lama mimie idamkan dan petang semalam baru tertunai hajat mimie ni. (bahan baru cukup..hihihi). Sedap dimakan waktu senggang. Cuma inti pie tu, rasa mimie tak perlulah diletak gula berlebihan (manis sangat bebb..) memadailah hanya di karemelkan saja apple tu. Tak perlu manis-manis sangat nanti hilang pula rasa masam-masam apple original tu nanti. Biarlah senyuman tu yang terlebih manis kannn.... ;)



APPLE PIE
Sumber : Lyana

Inti

6 biji epal ( 4 biji epal merah + 2 biji epal hijau ) - dibuang kulit dan dipotong dadu
200g gula/gula perang - mimie letak 130g next time nk ltk sedikit saje
20g tepung jagung (mimie letak 1sb jer)
  • Gula dimasak dengan 2 sudu besar air hingga keperangan (caramel). Masukkan buah epal yang telah dipotong dadu tadi dan dikacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menjadi pekat. Tutup api. Ketepikan.

Inti pie yang telah siap.

Dough

500g tepung gandum
200g mentega
2 biji telur
250g gula halus (icing) 
  • Gaul tepung dan gula. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur (tinggalkan sedikit telur untuk sapuan dough nanti) dan gaul/uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Wrap dough dengan plastik dan sejukkan dlam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dough dan canaikan dough setebal 1/2cm dan ditampal pada loyang pie. Masukkan inti dan tutup pie dengan baki adunan dough tadi. (boleh ditutup mengikut kretiviti masing-masing).
  • Sapukan dough dengan baki telur hingga rata dan bakar pada suhu 175 selama 30minit.






Thursday, 13 June 2013

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



Assalammualaikum....

Hari ini hanya nak share resepi yang sangat-sangat mudah ni....Resepi Muffin Chocolate Chips ni...Kalau di google ade pelbagai jenis dan cara Muffin Chocolate Chips ni. Tapi yang ni mudah bagi mimie dan sedap dimakan. moist jerrrrr.... nak lagi sedap letak ler chocolate chips tu banyak-banyak bagi mewah sikit.



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS 
Sumber : Syamammokhni

250g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sk serbuk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko 
170g gula caster  (bleh kurangkan sikit...)
150g coklat chips ( tinggalkan suku bahagian untk ditaburkan sbg hiasan...)
200ml susu segar - mimie ltk 250ml
80ml minyak sayuran (guna minyak jagung....) - mimie ltk90ml
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara-caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 180-190 darjah Celcius.
  • Campurkan tepung + serbuk penaik + serbuk soda bikarbonat (ayak sikit supaya tiada ketul2 yg bleh mnyebabkan rasa pahit jika tak rata) + serbuk koko + gula dan tiga perempat coklat chips ke dlm mangkuk besar dan digaul rata. 
  • Campurkan semua bahan2 cecair ke dalam jug dan kacau sebati.
  • Gaul bahan2 kering bersama bahan2 basah dengan perlahan. Kacau / kaupbalik aje cukup sekadar adunan sebati. JANGAN TERLEBIH KACAU !! Adunan akan nampak cam berketul2 untuk pastikan muffin akan kekal lembap dan fluffy.... 
  • Sudukan adunan ke dalam kertas muffin.
  • Taburkan baki coklat chips ke atas muffin dan bakarnya selama 20 minit atau sampai muffin masak...(dark, risen n springy....)